Perkhidmatan Saya

Nama : MUHAMMAD ‘ILMAN BIN MOHAMED ‘ASHRI

Latar Belakang Pendidikan:

  1. Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan), UPM (2018-Sekarang)
  2. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian, UUM (2014-2018)
  3. Asasi Undang-undang, UiTM Shah Alam (2013-2014)
  4. SM Sains Tuanku Munawir (SASER), Negeri Sembilan (2011-2012)
  5. SMK Bukit Mentok, Kemaman, Terengganu (2009-2010)
  6. SMK Ayer Putih, Kemaman, Terengganu (2008)
  7. SK Binjai, Kemaman, Terengganu (2002-2007)

Sijil Kelayakan : Kaunselor Berdaftar (K.B.P.A)

No. Perakuan Pendaftaran: KB08252

No. Perakuan Amalan Dwitahunan : PA07840

Perkhidmatan :

  1. Kaunseling Individu (peribadi, akademik, motivasi, personaliti, emosi)
  2. Kaunseling Kelompok
  3. Kaunseling Kerjaya (Resume & Job Hunting)
  4. Konsultasi & Bimbingan

***Boleh rujuk di bahagian Hubungi Saya jika ingin berhubung dengan penulis untuk sebarang konsultasi atau perkhidmatan kaunseling

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Syukur, Alhamdulillah di atas segala anugerah dan nikmat yang dikurniakan kepada kita semua sehingga kita masih boleh melihat dan merasai manis dan indahnya kehidupan ini walaupun kini dunia dilihat semakin rosak dari segala aspek kemanusiaan, nilai, pegangan masyarakat, alam sekitar, ekonomi, politik dan sebagainya.

Namun, terdapat sebahagian daripada kita sama ada ahli keluarga, sahabat, kawan-kawan dan komuniti masyarakat setempat tanpa mengira golongan tua atau muda, peringkat umur dan latar belakang yang tidak dapat menikmati kehidupan ini dengan perasaan tenang dan aman. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan perkara ini boleh terjadi. Kadang-kadang kita sudah mengenal pasti punca masalah sesuatu perkara tetapi tidak tahu bagaimana untuk menghadapi dan menyelesaikannya atau mungkin kita sendiri tidak tahu bagaimana untuk meneroka, mencari jalan penyelesaian dan membuat keputusan yang tepat terhadap setiap masalah yang berlaku. Ini normal! Kerana sampai satu tahap kita mengalami satu titik buta. Ibarat jalan mati yang tidak punya arah lagi melainkan kita meminta pertolongan daripada orang lain agar dapat membimbing kita dan membantu kita untuk membuat keputusan, menetapkan matlamat dan seterusnya kita mampu bangkit untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Wallahu’alam.

PENTING!!!

Tiada masalah jika saudara/saudari yang menghubungi penulis berasal daripada mana-mana negeri kerana penulis akan mencuba dan berusaha merujuk saudara/saudari kepada rakan-rakan kaunselor, kaunselor yang lebih senior, pakar psikologi, doktor, peguam dan mereka yang lebih pakar dalam bidang masing-masing sesuai dengan permasalahan yang dihadapi oleh saudara/saudari dan berada di sekitar tempat tinggal saudara/saudari. Ini adalah inisiatif penulis sendiri agar kita saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai keharmonian dalam kehidupan. Inshaallah.

Sejujurnya, penulis juga bukanlah seorang yang sempurna kerana adat kita semua adalah insan biasa. Penulis teringat kata-kata yang disampaikan oleh pensyarah penulis, Prof. Dr. Samsilah semasa kuliah Contemporary Issues In Child and Adolescent Development:

Setiap murid walaupun dia tidak pandai dan lemah dalam akademik, pasti mempunyai abiliti dan keistimewaanya tersendiri. Tanggungjawab seorang guru (kita) untuk meneroka dan membantu mereka sebab mereka boleh berjaya dan pasti berjaya dengan abiliti yang mereka ada. Memang Tuhan telah menciptakan kita sedemikian rupa (Prof. Dr. Samsilah Roslan, 2018).

Penting untuk kita menyedari apakah abiliti atau keistimewaan dan kemampuan yang terdapat pada diri kita supaya kita boleh memanipulasi kelebihan kita untuk digunakan dalam setiap perkara yang kita ingin lakukan. Kita semua berbeza, punya cerita berbeza dan jalan kehidupan berbeza. Semoga kita dapat merima diri kita agar kita dapat menerima ketentuan takdir hidup kita.

Hidup ini bukan tentang kita seorang. Hidup ini tentang kita semua yang dihidupkan di atas dunia ini. Bukan kita seorang yang mencari dan mengejar bahagia bahkan setiap daripada kita menginginkannya. Lalu, tegakah kita melihat yang lain menderita sedangkan kita boleh mengecapi kebahagian bersama-sama.

Jom sama-sama bantu!

Inshaallah.

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s