JOKER: Kesakitan yang Tidak Nampak

Kredit: hollywoodreporter.com Baru-baru ini filem Joker hasil karya Todd Phillips telah ditayangkan di panggung wayang seluruh Malaysia. Filem yang ditayangkan ini mendapat pelbagai respons, komen dan kritikan daripada netizen dan juga pihak-pihak yang berautoriti. Filem yang dihasilkan ini adalah filem psychological thriller yang mengandungi unsur-unsur psikologikal dan menyentuh perihal kesihatan mental. Saya tidaklah ingin berbicara … Continue reading JOKER: Kesakitan yang Tidak Nampak

MONOLOG

Malam ini hanya ingin bersantai sahaja. Sudah jam 1.00 pagi rupanya semasa saya sedang menaip ini. Waktu ini, tidak berhajat ingin memberatkan otak dengan segala macam hal dan urusan berkaitan akademik, politik dunia, memikirkan ragam manusia dan segala macam hal lagi. Jadi, kita mengisi masa yang ada dengan membaca artikel, buku dan menghadap laptop. Haish! … Continue reading MONOLOG

Pemimpin, Cerminan Diri

Rasanya sudah masuk dua, tiga bulan juga tidak update blog. Banyak perkara bermain di benak fikiran cuma tidak tahu ingin bermula daripada mana. Lagipun sekarang agak sibuk dengan penulisan artikel, proposal, menghadiri bengkel dan seminar. Punya waktu tetapi mungkin tidak memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Menulis ini kadang-kadang perlu menghadirkan rasa dalam hati supaya apa yang … Continue reading Pemimpin, Cerminan Diri

Anugerah Terindah

Kredit: Keluarga Inspirasi Cinta dan Motivasi Pada suatu petang, saya sudah bersiap-siap berkemas ingin pulang ke kuarters selepas tamat sahaja waktu pejabat jam 5.00 petang. Ketika itu saya sedang menjalani praktikal sebagai kaunselor pelatih di salah sebuah politeknik di utara tanah air. Semasa sedang sibuk membelek dan melihat notifikasi whatsapp yang masuk di telefon bimbit, … Continue reading Anugerah Terindah

Kakak Iparku Memang Win

Kredit: TUBE Cerita Semalam hari yang agak memenatkan apabila seharian dari pagi hingga ke malam berkampung di perpustakaan. Hari ini, kepenatan diteruskan dengan menghadirkan diri ke kelas pada jam 3.00 petang kerana membuat sedikit persiapan dan perbincangan berkenaan program yang akan diadakan di sebuah sekolah pada minggu hadapan. Bersambung pula pada jam 6.00 petang bagi … Continue reading Kakak Iparku Memang Win

22Hari Menjelang Ramadhan

Telah berlalu bulan Rejab yang merupakan bulan kebesaran dan keagungan Allah. Kini, kita berada pada bulan Sya'aban iaitu bulan kemuliaan bagi baginda nabi Muhammad S.A.W. Masih berbaki beberapa minggu untuk bulan ini meninggalkan kita sebelum kita memasuki bulan yang paling istimewa yang dihadiahkan oleh Allah dan dikhaskan untuk umat Islam, iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Setiap … Continue reading 22Hari Menjelang Ramadhan

Walaupun Sebesar Zarah

Ada satu kisah. Selesai menghadiri majlis solat hajat di rumah salah seorang sahabat, mereka bertiga meminta izin untuk pulang kerana terdapat beberapa destinasi lagi yang perlu disinggah sedangkan waktu sudah menunjukkan pukul 11.45 malam, beberapa minit sahaja lagi sebelum menjengah angka 12. Semasa menaiki kereta dan melalui satu jalan, mereka dikejutkan dengan seekor kucing yang … Continue reading Walaupun Sebesar Zarah

Penghargaan Buat Anda

Konvokesyen UUM kali ke-31, 13 November 2018. Tiada kata seindah syukur, Tiada yang lebih rendah melebihi sujud, Tiada yang berkuasa melainkan Yang Esa, Dia penentu takdir yang paling indah. Ucapan tahniah, pemberian hadiah dan doa yang diterima tidak dapat saya balas satu persatu. Apatah lagi jasa dan sumbangan setiap insan yang hadir dalam hidup saya … Continue reading Penghargaan Buat Anda

Jangan Diucap Selamat Tinggal

2 Oktober 2018. Selasa. 8.15 pagi. Perginya seorang insan yang tidak lokek dengan ilmu. Tidak pernah bosan dengan segala mehnah dan ragam anak muridnya. Sentiasa sabar dalam mendidik dan menggilap potensi serta bakat yang ada. Agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Menyumbang bakti kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara. Inshaallah. ………………………………… … Continue reading Jangan Diucap Selamat Tinggal

Hijrah dan Merdeka

9 Mei 2018. 31 Ogos 2018. 10 September 2018 bersamaan 1 Muharam 1440H. 16 September 2018. Tarikh-tarikh keramat yang memberikan makna dan kesan yang amat mendalam dalam diri setiap individu masyarakat di Malaysia, muslim khasnya. Tahun ini kita telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU-14 yang lalu bagi mereka yang layak mengundi dan kita melihat … Continue reading Hijrah dan Merdeka