Kakak Iparku Memang Win

Kredit: TUBE Cerita

Semalam hari yang agak memenatkan apabila seharian dari pagi hingga ke malam berkampung di perpustakaan. Hari ini, kepenatan diteruskan dengan menghadirkan diri ke kelas pada jam 3.00 petang kerana membuat sedikit persiapan dan perbincangan berkenaan program yang akan diadakan di sebuah sekolah pada minggu hadapan. Bersambung pula pada jam 6.00 petang bagi pembentangan kumpulan sehingga jam 7.30 malam. Seterusnya, pengisian rohani di masjid dengan mendengar tazkirah ringkas daripada ustaz sebelum pulang ke kolej. Dengar la juga walaupun terlelap beberapa minit. MashaAllah! Agak produktif mungkin hari ini kerana penuh dengan pengisian daripada pagi hingga ke malam. Wallahu’alam.

Seperti biasa, apabila selesai sesuatu perkara yang agak berat, memenatkan dan ‘memecahkan’ kepala otak (pembentangan kumpulan tu berat tau!), kita akan reward diri kita dengan sesuatu yang merehatkan, mungkin. Bergantung kepada individu dan cara masing-masing. Ada yang pergi makan besar, menonton wayang, movie marathon, pulang ke kampung dan sebagainya. Cuma bezanya malam ini, selepas menelefon keluarga di rumah, hati terdetik untuk menghabiskan masa menonton telemovie ‘Kakak Iparku Memang WIN’. Hajatnya, telemovie ini mengandungi lawak jenaka atau yang seumpamanya, namun lain pula jadinya selepas selesai menonton cerita ini. Telemovie ini sarat dengan perkongsian dan pengajaran terutamanya buat anak-anak yang semakin meningkat dewasa, sudah dewasa dan masih mempuyai ibu bapa.

Kisah dan jalan penceritaany simple, mudah untuk diteka tetapi tetap kena dengan jiwa. Mengisahkan seorang ibu (Faridah) yang mempunyai tiga orang anak lelaki yang sudahpun berkahwin dan seorang anak lelaki bongsu yang masih remaja dan bersekolah. Mereka masih mempunyai Opah (nenek) yang tinggal di kampung. Isteri kepada salah seorang daripada tiga beradik sangat taat dan mendengar kata suami, rajin, suka membantu dan berusaha untuk belajar melakukan kerja rumah walaupun tidak tahu sedangkan menantu Faridah yang lainnya sebaliknya. Hendak dijadikan cerita, Opah jatuh sakit dan dibawa tinggal bersama-sama dengan Faridah. Walaubagaimanapun, Opah merupakan seorang yang sentiasa cakap lepas, selalu marah dan menengking tidak tentu hala serta selalu meminta-minta itu dan ini (Adat kebiasaan yang berlaku apabila diri sudah meningkat usia, perangai dan sikap akan menjadi seperti keanak-anakan kembali).

Sampai satu tahap, Faridah juga sudah tidak larat ingin menjaga ibunya dan meminta bantuan anak-anaknya yang lain. Menantunya, Siti memainkan peranan penting apabila sanggup berhenti kerja, meminta izin suami untuk membantu ibu mentuanya menjaga Opah. Teringat dialog yang berlaku antara Faridah dan ibunya apabila Faridah memberitahu bahawa dia sudah tidak larat ingin menjaga ibunya dan kata-kata Opah sangat menyentap isi hati.

“Aku duduk dengan korang ni sebab mengharapkan anak dan cucu-cucu aku boleh jaga aku. Tapi kau bagi nurse ni, orang lain ni jaga aku. Biarkan orang luar ni mandikan aku, tengok cacat cela serba kekurangan kat badan aku. Aku tak nak!”. Antara dialog Opah (lebih kurang begini).

Inilah hakikatnya kehidupan kita. Anak-anak yang ramai tidak mampu untuk menjaga kedua-dua ibu bapanya yang sudah tua. Kerepot. Lemah. Tidak bermaya. Menunggu masa untuk dijemput Ilahi, mungkin.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan kamu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Surah Al-Isra’ 17:23

Banyak masalah yang berlaku dalam keluarga ini sebenarnya. Nenek yang sakit. Isteri yang tidak taat kepada suami. Suami yang dayus. Anak yang tidak sanggup menjaga ibunya yang tua. Ibu yang terlalu memanjakan anaknya dan sebagainya. Namun, harus diingat bahawa masalah itu adalah ujian. Ujian itu daripada Tuhan dan ganjarannya pastilah pahala yang besar jika kita bersabar menempuhinya. Apa jua masalah yang berlaku dalam kehidupan, tempuhilah dengan hati yang tenang dan redha. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya walaupun hanya sekecil-kecil perkara. Berdoalah kepada Tuhan yang menurunkan ujian dan mencorakkan takdir ini.

Untung mereka yang masih mempunyai ibu bapa kerana ada pahala di situ yang boleh mereka peroleh dengan berbakti kepada orang tua. Beruntung juga bagi mereka yang telah kehilangan ibu bapa kerana tiada dosa dan derhaka yang perlu dikutip dan dirisaukan lagi ke atas orang tua mereka. Takdir Allah dan Dia Maha Mengetahui.

Semoga kita semua menjadi anak-anak yang baik terhadap ibu bapa kita, juga menjadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak kita. Wallahu’alam.

Call or whatsapp our parents, say thanks and love to them. Al-fatihah and make a pray and dua’ if our parents leave us and meet our creator, Allah. InshaAllah.

Sekian.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s