Laman Utama

Assalamualaikum & salam sejahtera!

Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah sentiasa dengan nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan Islam. Semoga kita semua sentiasa dikurniakan hidayah dan petunjuk daripadanya. Inshaallah.

Pertamanya, bagi mereka yang pernah mengikuti blog sebelum ini iaitu blog Indah Kehidupan, mohon maaf daripada pihak penulis di atas segala kesulitan kerana blog tersebut sudah tidak digunakan dan penulis cuba untuk memberikan nafas yang baru terhadap blog yang terdahulu.

Segala nukilan dan tulisan di laman ini hanyalah sekadar sebuah cerita, kisah, perkongsian ilmu dan nasihat serta ingatan terutamanya untuk diri penulis dan juga rakan-rakan pembaca. Sukacita untuk dimaklumkan bahawa penulis bukanlah orang alim dan bijak pandai untuk berkongsi dan mengupas pelbagai isu dan segala perkongsian ini adalah daripada pembacaan, majlis ilmu yang dihadiri sama ada secara formal atau tidak formal dan pengalaman kehidupan penulis sendiri.

Nama laman ini, Indah Kehidupan dipilih oleh penulis kerana penulis berpegang kepada baik, buruk, gembira, sedih, bahagia dan derita yang dihadapi oleh setiap insan di dalam kehidupan ini adalah suratan takdir pilihan kita sendiri atas kehendak-Nya juga ketentuan Ilahi (baca Qada’ dan Qadar) yang sememangnya telah ditetapkan. Dia sentiasa memberikan yang terbaik untuk hamba-Nya dan sesuai dengan sangkaan hamba-Nya kepada-Nya. Jika tiada warna warni kehidupan ini, semestinya hidup kita akan menjadi hambar. Tiada cerita. Tiada episod. Tiada nostalgia yang dapat dikenang, diingat dan dikongsi. Yup! Jalan cerita kita semua berbeza kerana kita memainkan watak dan peranan yang berbeza. Namun, harus diingat. Kita punya ‘manuskrip’ yang sama di mana sentiasa memberikan pedoman dan petunjuk bagi mereka yang mahu berfikir. Itulah Al-Quran dan hadis.

Jika kita jatuh, jatuhlah. Jika kita penat, penatlah. Jika kita rebah, rebahlah. Jika kita kecewa, kecewalah. Jika kita bersedih, bersedihlah. Sebab itu semua adalah fitrah. Namun harus diingat, jangan pernah berputus asa dengan rahmat-Nya kerana sesungguhnya Dia amat dekat dengan kita. Wallahu’alam.

Terus bangkit dari lena pagimu jika mahu menunaikan mimpi.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s